Search This Blog

Monday 28 November 2011

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (Jahitan)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sebagaimana yang diketahui umum, perkara utama yang wajib diambil tahu dan dibuat bagi seseorang guru sebelum memulakan tugasnya adalah memiliki, membaca, meneliti dan memahami sukatan mata pelajaran sesuatu mata pelajaran. Setelah itu, barulah guru boleh merancang dan menilai kandungan mata pelajaran yang akan diajar kepada pelajar. Seorang guru yang baik seharusnya bijak mengolah, menulis dan merancang RPH (Rancangan Pelajaran Harian) dan melaksanakan P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) berdasarkan tahap kebolehan dan keupayaan pelajar.
Dengan itu, di bawah ini disertakan Objektif Mata Pelajaran untuk Kemahiran Hidup (Jahitan) bagi Program Pendidikan Khas secara ringkas.

           1.                  Mengenal pasti alatan jahitan.

2.                  Menggunakan alatan jahitan.

3.                  Mengamalkan keselamatan di bilik / bengkel jahitan.

4.                  Mengamalkan kebersihan.

5.                  Menjahit jahitan asas.

6.                  Menghasilkan kerja jahitan tangan / artikel mudah.

7.                  Menjual hasil kerja jahitan tangan.



"Alatan Jahitan" yang memaparkan pelbagai jenis alatan jahitan yang lazimnya digunakan dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup (Jahitan) bagi pelajar program Pendidikan Khas.

Antara alatan jahitan yang disenaraikan adalah :
 
Ø  Jarum

Ø  Benang

Ø  Kain

Ø  Gunting

Ø  Butang

Ø  Penetas Jahitan

Ø  Jarum Peniti

Ø  Pita Pengukur

Ø  Kapur Penanda




Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai jenis jahitan yang boleh kita pelajari dan praktiskan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, setiap jenis jahitan mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Secara umumnya, jahitan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama seperti berikut :

·        Jahitan Sementara

o   Jelujur Tanda

o   Jelujur Tak Sama

o   Jelujur Kasar (Jelujur Sama)

o   Jelujur Panjang Pendek

o   Jelujur Tegak

·        Jahitan Penyambung

o   Jahitan Mesin

o   Jelujur Halus

o   Jahitan Kia

o   Jahitan Lilit Ubi

·        Jahitan Pengemas

o   Jahitan Sembat

o   Jahitan Sembat Susup

o   Jahitan Lilit Kemas

o   Jahitan Insang Pari

o   Jahitan Silang Pangkah

o   Jahitan Lubang Butang

·        Jahitan Hiasan / Sulaman

o   Jahitan Rantai

o   Jahitan Simpul Perancis

o   Jahitan Silang Pangkah

o   Jahitan Insang Pari

No comments:

Post a Comment