Search This Blog

Monday 28 November 2011

Video "Jahitan Lilit Ubi"


Yang ni pulak adalah tentang video yang akan menunjukkan cara dan kaedah yang betul dalam menjahit Jahitan Lilit Ubi.


video Jahitan mata lalat

Dibawah ini, disertakan video yang memaparkan cara dan kaedah yang betul menjahit "Jahitan Mata Lalat" menen


Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (Jahitan)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sebagaimana yang diketahui umum, perkara utama yang wajib diambil tahu dan dibuat bagi seseorang guru sebelum memulakan tugasnya adalah memiliki, membaca, meneliti dan memahami sukatan mata pelajaran sesuatu mata pelajaran. Setelah itu, barulah guru boleh merancang dan menilai kandungan mata pelajaran yang akan diajar kepada pelajar. Seorang guru yang baik seharusnya bijak mengolah, menulis dan merancang RPH (Rancangan Pelajaran Harian) dan melaksanakan P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) berdasarkan tahap kebolehan dan keupayaan pelajar.
Dengan itu, di bawah ini disertakan Objektif Mata Pelajaran untuk Kemahiran Hidup (Jahitan) bagi Program Pendidikan Khas secara ringkas.

           1.                  Mengenal pasti alatan jahitan.

2.                  Menggunakan alatan jahitan.

3.                  Mengamalkan keselamatan di bilik / bengkel jahitan.

4.                  Mengamalkan kebersihan.

5.                  Menjahit jahitan asas.

6.                  Menghasilkan kerja jahitan tangan / artikel mudah.

7.                  Menjual hasil kerja jahitan tangan.



"Alatan Jahitan" yang memaparkan pelbagai jenis alatan jahitan yang lazimnya digunakan dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup (Jahitan) bagi pelajar program Pendidikan Khas.

Antara alatan jahitan yang disenaraikan adalah :
 
Ø  Jarum

Ø  Benang

Ø  Kain

Ø  Gunting

Ø  Butang

Ø  Penetas Jahitan

Ø  Jarum Peniti

Ø  Pita Pengukur

Ø  Kapur Penanda




Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai jenis jahitan yang boleh kita pelajari dan praktiskan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, setiap jenis jahitan mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Secara umumnya, jahitan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama seperti berikut :

·        Jahitan Sementara

o   Jelujur Tanda

o   Jelujur Tak Sama

o   Jelujur Kasar (Jelujur Sama)

o   Jelujur Panjang Pendek

o   Jelujur Tegak

·        Jahitan Penyambung

o   Jahitan Mesin

o   Jelujur Halus

o   Jahitan Kia

o   Jahitan Lilit Ubi

·        Jahitan Pengemas

o   Jahitan Sembat

o   Jahitan Sembat Susup

o   Jahitan Lilit Kemas

o   Jahitan Insang Pari

o   Jahitan Silang Pangkah

o   Jahitan Lubang Butang

·        Jahitan Hiasan / Sulaman

o   Jahitan Rantai

o   Jahitan Simpul Perancis

o   Jahitan Silang Pangkah

o   Jahitan Insang Pari

Sunday 27 November 2011

Beracun rupanya


Pernah tengok tak pokok keladi hiasan seperti di atas? Tak sangka pula rupa-rupanya pokok ini begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas!
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya kanak-kanak mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam. Untuk maklumat lanjut mengenai tumbuhan ini anda boleh baca di sini >>>klik sini<<<

Hampir kebanyakkan tanaman hiasan di rumah-rumah adalah beracun! Antara senarai tanam-tanaman hiasan tersebut anda boleh rujuk di bawah:
http://www.blankees.com/house/plants/poisonous.htm
http://www.denverplants.com/foliage/html/Poisonous_Plants.htm

Wednesday 16 November 2011

santai d sarawak

sebelum berlepas...LCCT Sepang.

shopping sakan...Indian Street..

muka laapor ni....

 pendaftaran....

 naik sunset rivercruise....

 


kilang seramik...
 








Wednesday 5 October 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RPH KH (Jahitan)